25 Nov 2023, 9.00 hingga 11.45 pagi
Makmal Komputer, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia
Program Video Editing Workshop ini merupakan program bengkel yang berfokuskan
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran tentang teknik penyuntingan video yang betul. Program ini merupakan program baharu anjuran Sekretariat ICT dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan juga penceramah jemputan Encik Isyraq Nur Hazriq bin Mohd Fazludin.
Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM tentang cara asas penyuntingan digital video dengan aplikasi Capcut. Bengkel ini juga akan melibatkan ahli kelab Techreative iaitu kelab di bawah Sekretariat ICT dan Penerbitan dengan tujuan melatih kemahiran ahli kelab dalam tugasan penyuntingan video dan juga publisiti kolej.
Para pelajar bukan sahaja dapat mempelajari asas penyuntingan, malah pelajar juga dapat mengetahui kaedah dan teknik dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan menggunakan aplikasi tersebut. Hal ini adalah kerana, aplikasi ini merupakan aplikasi yang sering digunakan oleh pelajar dalam penyuntingan dalam melakukan tugasan akademik. Aplikasi ini mudah untuk digunakan serta tiada bayaran yang diperlukan jika pelajar muat turun aplikasi ini di telefon atau komputer masing-masing. Pelajar juga akan mempunyai kebolehan untuk menggunakan aplikasi perisian tersebut bagi menghasilkan video yang lebih interaktif dan profesional sama ada untuk kegunaan akademik mahupun aktiviti kokurikulum.
Diharapkan dengan penganjuran program yang bertemakan “Storytelling through video editing” ini dapat melahirkan mahasiswa yang arif dan berkebolehan tinggi dalam kemahiran insaniah yang melibatkan teknologi perisian komputer demi meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak.






