Pertandingan ini dikongsikan pada 1 Ogos oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (NRECC), yang membuka peluang kepada pelajar IPTA dan IPTS yang berbakat untuk menghasilkan video kreatif dengan tema “Jom Jimat Penggunaan Air.” Peserta berpotensi memenangi hadiah menarik berserta sijil penghargaan.

Hadiah yang menanti peserta termasuk RM3,000 untuk Tempat Pertama, RM2,000 untuk Tempat Kedua, RM1,000 untuk Tempat Ketiga, RM750 untuk Tempat Keempat, dan RM500 untuk Tempat Kelima. Pengumuman pemenang akan dilakukan pada sesi pelancaran dan penyampaian hadiah di Reruai NRECC pada 10 Disember.

Acara tersebut akan menjadi bagian dari Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang melibatkan pelbagai inisiatif termasuk pelancaran Save 4.0, portal baharu NRECC, pelan strategik, wakaf air, dan penyampaian hadiah untuk Pertandingan Video Pendek “Jom Jimat Penggunaan Air.”

Hampir 100 penyertaan yang menyertai pertandingan video ini, Isyraq Nur Hazriq bin Mohd Fadzludin memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan ini, menunjukkan prestasi cemerlangnya dalam penghasilan video pendek yang mempromosikan kesedaran penggunaan air secara bijak.

Video live penyampaian hadiah pada min ke 13.50

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *